Skip to content

Pakej Unifi Tanpa Telefon dan HyppTV

Kami menerima banyak pertanyaan melalui telefon mengenai melanggan pakej Unifi, tetapi tidak mahu talian telefon dan HyppTV. Untuk makluman Tuan/Puan, Unifi untuk kediaman ditawarkan dalam bentuk pakej 3 dalam 1. Iaitu talian internet Unifi, talian telefon baru dan rangkaian HyppTV.

Maksud VIP:

membawa maksud Video atau IPTV ( Internet Protocol Television ).
I membawa maksud Internet Berkelajuan Tinggi ( High Speed Broadband ).
P membawa maksud Telefon.

Sekiranya, Tuan/Puan tidak memerlukan talian telefon atau HyppTV, maka bolehlah tutup suis Telephone / HyppTV selepas pemasangan Unifi selesai. Perkhidmatan talian Unifi akan tetap berfungsi seperti biasa tanpa gangguan.

Panggilan Percuma

Setiap pelanggan Unifi boleh membuat panggilan keluar daripada telefon Unifi secara percuma ke nombor talian tetap Telekom Malaysia. Manakala, panggilan telefon ke talian tetap lain seperti Maxis atau Time Dot Com atau talian telefon bimbit tempatan akan dicaj pada kadar 10 sen seminit.

Unifi telephone
Unifi Telephone

 

Rangkaian HyppTV Percuma

Semua pelanggan Unifi untuk kediaman akan mendapat saluran HyppTV asas secara percuma.

Unifi-Set-Top-Box-Hypptv
Unifi HyppTV Set-Top-Box

 

Saluran Percuma : ( ditandakan sebagai Free )

HyppTV Free Channels Listing

Rujukan Tambahan Mengenai Unifi